Jumaat, 25 April 2008

Percubaan Pertama...


Assalamualaikum & salam sejahtera teman pelayar...

Ini merupakan percubaan pertamaku menjadi seorang blogger. Hotel Imperial International Kota Kinabalu menjadi lokasi bertuah kerana menggerakkan hatiku memulakan perjalanan di dalam komunikasi maya ini. Dah lama menyimpan hasrat untuk ada satu blog sendiri, alhamdulillah ptg ni akhirnya impian menjadi nyata. Sebelum ini aku hanya melayar blog-blog yang tumbuh bak cendawan di internet, tapi kemunculan pakar IT (Azli Paat) di HMI pagi tadi seolah membuka ruang buatku merealisasikan impian mempunyai blog sendiri...thanks bro Azli.

Sebagai percubaan (kerana masih sangsi) aku menggunakan nama anak sulungku (Muhammad Irfan Asyraf) sebagai nama dan pengenalan blog ini. Mungkin sedikit masa lagi apabila sudah selesa, aku akan menggunakan namaku sendiri pula...

Sekian dulu....ma'as salamah wa ilalliqa'

1 ulasan:

Shafry Salim berkata...

Selamat dtg ke dunia blog dan syabas!!